Kini terdapat banyak perisian GIS Web Based yang terdapat di pasaran yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan pembangunan aplikasi GIS seperti telekomunikasi, marin, kejuruteraan, perbandaran, perhutanan, pengangkutan dan lain-lain lagi. Terdapat dua ketegori perisian GIS Web Based yang boleh diklasifikasikan iaitu :-
a. GIS Web Based Viewer
Di pasaran Malaysia nama perisian yang biasa digunakan di dalam pembangunan aplikasi GIS adalah seperti AutoDesk MapGuide, ESRI ArcIMS dan MapInfo MapExtreme. Walaubagaimanapun ketiga-tiga perisian ini mempunyai spesifikasi yang berbeza dari segi fungsi, komponen, sistem arkitek, pangkalan data dan juga bahasa pengaturcaraan. Harga juga berbeza antara satu sama lain mengikut kepada keperluan lesen yang diperlukan oleh organisasi.
b. GIS Web Based Open Source
Di pasaran mempunyai banyak perisian berteraskan open source seperti 3Map, CGaL, GPSDrive, GrADS dan banyak lagi. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah seperti PHP, ASP.Net, VBScript, Java, Perl dan Python. Kebaikan penggunaan perisian ini adalah pengguna boleh berkongsi kod pengaturcaraan (source codes) di antara organisasi untuk memantapkan jangka hayat pembangunan aplikasi dari masa ke semasa.