Wednesday, August 19, 2009

Batu Sempadan

Inilah batu sempadan negeri bagi negeri Kedah dan Pulau Pinang yang terletak di kawasan Hutan Lipur Bukit Pancur, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Batu sempadan ini dipercayai jenis batu sempadan yang lama kerana bentuk fizikal batu sempadan ini tidak rata. Menarik di sini adalah kebiasaannya batu sempadan ditanam di dalam tanah dan hanya menampakkan sedikit bahagian atas batu sempadan untuk tujuan membuat carian dan cerapan pengukuran. Namun begitu batu sempadan negeri ini dipercayai amat panjang kerana bahagian atasnya agak tinggi lebih kurang 3 kaki lebih dari paras tanah. Keadaan fizikal batu sempadan ini masih kukuh dan terdapat label pada batu sempadan ini .. cuma batu sempadan ini agak senget sedikit mungkin disebabkan oleh kesan pergerakkan tanah kerana terletak berhampiran dengan anak sungai yang mengalir merentasi negeri Kedah dan Pulau Pinang.