Ini sambungan kisah Long Pasia, Sabah yang hendak mempersembahkan gambaran sebenar antara cerita di dalam gambar dan paparan video di beberapa lokasi semasa perjalanan ke Long Pasia. Video ini diambil dari YouTube yang dimuatnaik oleh individu yang pernah memasuki kawasan pendalaman ini.
Gambar jambatan Sungai Meligan diambil pada bulan Januari 2011. Alhamdulillah walaupun pada minggu tersebut hujan selalu turun pada waktu petang, air Sungai Meligan tidak naik. Mungkin hujan tidak lebat di hulu sungai.
Kenderaan 4WD menyeberangi jambatan konkrit Sungai Meligan.
Tragedi di Sungai Meligan.
Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga di dalam tragedi ini.
[ Nota berita di ambil dari sesawang YouTube :-]
Pada hari jumaat, 13 Mac 2009 Sipitang dikejutkan dengan berita beberapa orang pelajar hilang di Sungai Meligan... Ada yang mengatakan dua orang Melayu telah mati lemas, ada mengatakan seorang hilang.. dan pelbagai lagi khabar angin kedengaran di sana sini...
Apa yang berlaku sebenarnya adalah satu daripada 3 buah kereta yang berkonvoi ke Long Pasia telah dihanyutkan air ketika melalui sungai tersebut. Kereta pertama berjaya menyeberang ke sebelah sungai, kereta kedua tersangkut di tengah sungai ketika cuba menyeberang dan kereta ketika masih menunggu di seberang sungai (sambil mengambil video dari telefon bimbit)..
Arus sungai yang deras menyebabkan kereta kedua hanyut bersama 10 orang penumpang di dalamnya.. 9 orang berjaya menyelamatkan diri, namun seorang pelajar tingkatan 5 calorine murang masih hilang tidak ditemui sehingga kini...
Ini pula gambaran lokasi kenderaan 4WD yang terpaksa menempuh jalan tanah merah yang berlumpur. Jika hujan, jalan menjadi amat licin dan merbahaya kerana kenderaan boleh membuang ke kiri dan ke kanan. Jika nasib tidak baik, kenderaan terhumban ke dalam gaung atau jatuh ke tebing.
Ini paparan video di lokasi yang sama yang dimuatnaik oleh individu ke dalam YouTube.
Syukur Alhamdulillah semasa melaksanakan projek di Sabah tiada apa-apa kemalangan yang berlaku ke atas pasukan kerjaluar walaupun destinasi yang ditujui amat mencabar mental dan fizikal kerana tidak pernah sampai di kawasan seperti ini. Rasa bersyukur kepadaNya selama ini kerana kehidupan di Semenanjung kemudahannya sangat baik jika dibandingkan di Sabah.
Tuesday, July 5, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)