Salam dan Selamat Petang,
Di bawah ini menunjukkan tindihan lapisan banjir dengan satelit imej yang dipercayai terkini sehingga pada 26hb. Oktober 2011. Lapisan banjir ditunjukkan dalam warna biru yang sudah merebak di seluruh negara Thailand. Jika dilihat pada imej satelit ini, kota Bangkok kini dikelilingi oleh air banjir. Cuma tunggu saat sahaja dan jika sistem tebatan banjir berkesan, kota Bangkok akan selamat.
Thursday, October 27, 2011
Peta Banjir
Salam dan Selamat Petang,
Kota Bangkok ibu negara Thailand kemungkinan dijangka akan mengalami banjir besar apabila air banjir dari daerah-daerah di utara Bangkok sedang bergerak masuk ke dalam daerah Bangkok seterusnya mengalir masuk ke Teluk Thailand. Walaupun Bangkok dilengkapi dengan sistem tebatan banjir namun kerajaan Thailand berpendapat ianya adalah 50/50 kerana jumlah pengaliran air banjir dari daerah-daerah di utara Bangkok amat besar sekali. Untuk makluman, Bangkok mempunyai infrastruktur dinding tebatan banjir di sepanjang Sungai Choa Phraya dalam ketinggian 2-3 meter selain keupayaan beberapa stesen pengepam air banjir dan pintu kunci air pada setiap sistem saliran yang wujud di Bangkok. Ramai berpendapat banjir besar ini akan menguji sistem tebatan banjir Kota Bangkok yang telah direkabentuk sebelum ini untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan tahap keupayaan sistem ini menangani isu banjir di kota Bangkok.
Menarik di sini adalah kawasan yang dilimpahi dengan air banjir telah dipetakan dengan begitu baik sekali termasuk jangkaan kawasan yang bakal dilanda banjir. Peta banjir ini juga menunjukkan isipadu air yang akan mengalir ke kawasan-kawasan tertentu berdasarkan kepada punca sumber isipadu air yang mengalir dari daerah-daerah utara Bangkok. Melalui maklumat spatial yang diterima, mereka boleh membuat jangkaan dan aggaran berapa isipadu air dan kawasan mana yang akan menerima akibat limpahan air sungai ini. Jadi pengajaran di sini adalah peta banjir ini amatlah penting dibangunkan di negara kita sebagai langkah berjaga-jaga di dalam menghadapi bencana banjir. Peta banjir ini boleh memberi maklumat lebih cepat dan tepat untuk mengetahui kawasan yang boleh dilanda banjir. Ini dapat membantu pihak keselamatan dan agensi berkaitan untuk bersedia menyelamat magsa banjir dan peta banjir ini boleh digunakan untuk apa-apa tujuan.
Animasi peta di atas menunjukkan analisis isipadu air banjir yang akan melanda kota Bangkok. Sila klik pada gambar tersebut untuk membuka animasi peta tersebut. Peta banjir di sebelah kiri bawah pada animasi peta ditunjukkan pada peta di bawah ini.
Maaf peta ini dihasilkan dalam bahasa Thai tapi amat berguna untuk kita melihat kawasan banjir setakat 27hb Oktober 2011. (Sumber maklumat : http://www.nationmultimedia.com)

Subscribe to:
Posts (Atom)