Thursday, November 17, 2011

Teknologi Kawalan Jauh

Salam dan Selamat Petang,

Ini ada satu video klip yang menarik tentang teknologi kawalan jauh (Remote Control) yang boleh digunapakai untuk pelbagai tujuan. Dalam hal GIS, RC ini boleh dibuat penambahbaikan untuk mendapat data spatial dengan tepat, cepat dan terkini. Fungsi RC GIS mesti boleh mengukur perkara seperti keluasan, jarak, darjah kecerunan, ketinggian dan pelbagai fungsi GIS yang boleh dikembangkan. Data dari RC GIS boleh disalurkan terus ke pelayan GIS secara langsung dan pengguna boleh mendapatkan maklumat spatial terkini dengan cepat, mudah dan sistematik.



Video produced by : RC Aerial Cam, Aerial Video Reel from RC Aerial Cam on Vimeo.

Tuesday, November 15, 2011

Remote Control

Salam dan Selamat Malam,

Era teknologi maklumat & komunikasi semakin canggih setiap masa. Pembangunan pesat teknologi tanpa wayar dan inframerah (infrared) semakin mengesuai dunia tanpa sempadan. Menerusi teknologi ini, kita boleh mengawal apa sahaja objek, sistem dan apa-apa dari dekat mahu pun dari jauh. Dahulu kenderaan kawalan jauh (Remote Control - RC) merupakan satu permainan atau hobi yang boleh dibahagikan kepada darat, udara atau pun di dalam air. Kini ianya merupakan satu alternatif penting kepada dunia GIS untuk memperolehi data lapangan dengan cepat dan murah.

Pendekatan teknologi RC boleh digunakan di dalam pembangunan & perolehan data GIS. Ini kerana teknologi RC boleh diubahsuai mengikut kesesuai sesuatu kawasan lapangan yang ingin dicerap. Kenderaan RC seperti helikopter atau kapal terbang boleh dipasang dengan peranti kamera atau video. Perolehan imej lapangan boleh diperolehi dengan jelas, cepat, terkini dan secara langsung.

Geo Sense Sdn Bhd merupakan syarikat yang aktif mengunakan teknologi RC di dalam memberi perkhidmatan perolehan dan pembangunan data GIS menerusi imej foto udara. Menurut CEO Geo Sense, kenderaan RC mereka telah menjalani beberapa proses penambahbaikan teknikal sehingga dapat mengambil imej foto udara dengan tepat dan sistematik.

Perolehan imej foto udara berwarna dengan RC yang telah diunjur ke sistem koordinat tempatan dari GeoSense Sdn Bhd.

Selain itu, aplikasi RC boleh digunakan untuk pelbagai tujuan selain dari ini. Antaranya boleh dilihat video di bawah ini :-

1.0 Mengawal dan memantau rusuhan di Warsaw, Russia.


2.0 Untuk tujuan perfileman


3.0 Kerja pengukuran Haidrografi oleh EchoPRO.

Monday, November 14, 2011

Air Empangan

Salam & Selamat Pagi,

Video menarik dari National Geographic Video memaparkan pelepasan air empangan Condit di Washington, Amerika pada 28Okt 2011 yang lalu. Air semasa sikit seronok kita gunakan tapi bila sudah banyak, takut untuk mendekatinya sebab sifat air sudah bertukar menjadi deras dan laju.