Salam & Selamat Pagi,
Teknologi pengimejan dan GPS semakin hari semakin berkembang dengan pesat. Dahulu peranti GPS digunakan secara berasingan dengan peranti elektronik @ pengimejan yang lain. Kini gabungan dua peranti atau lebih boleh dilakukan. Melalui gabungan peranti tersebut, dunia pemetaan digital juga mengalami tempias dari segi kaedah perolehan dan pembangunan data spatial. Dunia pemetaan GIS kini boleh dipetakan dalam 3 Dimensi yang boleh membawa pengguna melihat dunia maya secara virtual reality dalam pandangan 360 darjah. Butiran spatial dan atribut boleh dipapar, dibuat pertanyaan dan dikemaskini secara dalam talian. Setiap aplikasi 3D boleh dibangunkan secara stand-alone atau web. Selain melakukan cerapan perolehan data spatial di lapangan (kawasan terbuka), pemetaan 3D juga boleh dilakukan di dalam bangunan atau pun menerusi udara. Semua butiran piksel yang dicerap mepunyai koordinat x,y dan z.
Google Earth 3D Street View merupakan aplikasi 3D yang banyak digunakan oleh pengguna internet untuk melihat profil sesuatu kawasan bandar atau luar bandar dalam bentuk 3D. Terbaru Google Earth telah melancarkan Google Earth 6.0 yang boleh menampakkan butiran objek pandangan Street View dan 3D dengan lebih jelas. Maklumat lebih lanjut berkenaan aplikasi ini boleh dibaca di blog Google Earth.
C3 Technologies 3D Maps yang ditubuhkan di Sweden menggunakan teknologi Saab untuk membangunkan teknologi pemetaan 3D. C3 banyak digunakan untuk pemetaan 3D topografi yang dapat memberikan profil butiran topografi dengan jelas dan terkini. Altitud penerbangan hanya 500 m dari paras laut mampu memberikan butiran 3D topografi dengan jelas dan terpeinci. Tiada butiran yang terlepas dari kamera 3D C3 ini.Selain itu, C3 dilaporan membangunkan peranti 3D untuk Street View dan Interior Building. Menurut sumber berita ini, C3 dilaporkan akan dibeli oleh Apple dalam masa terdekat ini untuk dijadikan salah satu aplikasi pemetaan 3D di dalam produk Apple pada masa akan datang.
EarthMine 3D Street View yang diasaskan pada tahun 2006 di Berkeley, California, USA menggunakan teknologi MARS (Marikh) untuk mencerap dan memperolehi data 3D street view dengan tepat dan butiran dengan terpeinci dalam pandangan 360 darjah. EarthMine menawarkan pelbagai pakej pemetaan GIS yang lengkap dari proses perolehan data spatial sehinggalah kepada pembangunan aplikasi pengguna samada hendak menggunakan stand-alone atau pun web based. Perkara yang menarik berkenaan EarthMine adalah kelangsungan pembangunan modul aplikasi samada stand-alone atau web EarthMine. Menerusi EarthMine Widget, pengguna boleh membuat customization atau penambahbaikan kepada modul aplikasi sedia ada.
EarthMine juga boleh diintegrasi dengan ArcGIS 10.0 dan AutoCad Map 3D 2012 dengan memasang komponen yang dibangunkan oleh EarthMine.
Antara organisasi yang membangunkan teknologi 3D untuk tujuan pemetaan ...
a. 3D Laser Mapping
b. OctoMap
c. SeaBed Mapping
d. PalNoise
e. Pelican Mapping
Selamat membaca...
Monday, February 20, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)