Tuesday, July 10, 2012

earthmine 3D Panoramic Street View

Salam & Selamat Petang,



Teknologi 3D masa kini yang semakin popular dan banyak digunapakai oleh organisasi dan syarikat untuk mengurus aset semasa dengan paduan integrasi pangkalan data spatial ArcGIS Server dan MS SQL Server 2008 R2. Kelebihan aplikasi 3D GIS Web Base memudahkan dan melicinkan operasi harian organisasi atau syarikat untuk memantau, mengurus dan mengemaskini aset semasa yang bertaburan di lapangan. Tanpa perlu ke lapangan terlebih dahulu, pemantauan dan mendapat maklumat semasa aset adalah mudah, cepat dan efisyen.