Saturday, October 20, 2012

HTTP Error 403.14 - Forbidden

Jika menghadapi masalah di atas, sila enable pada Directory Browsing. Langkah-langkah adalah seperti di bawah ini :-

1. Aktifkan IIS dan klik pada Directory Browsing.


2. Pada Actions plane, tukar ke mod Enable.


3. Sila klik pada mana-mana folder di dalam web browing directory untuk memeriksa samada IIS boleh mengakses folder berkenaan.

HTTP Error 401.3 - Unauthorized

Salam & Selamat Malam,

Kadang-kadang nak menyelesaikan masalah akses folder di dalam IIS (Internet Information Services) memerlukan kaedah cuba dan salah (trial & error). Jika bernasib baik, masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat. Jika sebaliknya, mengambil masa dan perlu merujuk kepada sumber lain untuk menyelesaikan masalah ini. Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh web master adalah IIS tidak dapat mengakses folder web contents. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, (mungkin ada cara lain) adalah memberikan mod perkongsian (sharing) kepada semua pengguna komputer (everyone).


Langkah untuk menyelesaikan masalah di atas :-

1. Aktifkan IIS & klik pada Edit Permissions











2. Berikan mod perkongsian (share) kepada semua pengguna.

3. Laman web tersebut boleh diakses.