Saturday, August 12, 2017

Visual Studio - MySQL denied to user 'root'@'localhost'

Salam dan Salam Sejahtera,

Jika anda menghadapi masalah di dalam Visual Studio untuk create database atau pun table MySQL, kemungkinan anda akan menghadapi isu "MySQL... : ....denied to user 'root'@'localhost'". Isu ini berkaitan dengan Privileges user account di dalam MySQL. Untuk bagi privileges kepada user account seperti root@localhost atau pengguna akaun lain, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :-


Berikut arahan MySQL nak create database baru :- =========================================
a. Sila tutup Visual Studio terlebih dahulu.
b. Buka MySQL 5.7 Command Line Client. nota : Command prompt ikut versi MySQL yang anda dah installed.
c. Buat database baru.
mysql> CREATE DATABASE dbproperty_mysql;
d. Nak guna database baru di dalam Visual Studio.
mysql> USE dbproperty_mysql
Database changed

Berikut arahan MySQL nak create table dan field name :- ==============================================
a. Periksa table jika ada
mysql> SHOW TABLES;
Empty set (0.00 sec)
b. Buat table baru
mysql> CREATE TABLE property (name VARCHAR(150), owner VARCHAR(120), value VARCHAR(20), sell DATE);
c. Nak melihat field name di dalam table property
mysql> DESCRIBE property

Berikut arahan MySQL nak bagi privileges kepada akaun pengguna :- ========================================================
a. Jika nak memberi privileges akaun pengguna kepada semua database
mysql> GRANT ALL PRIVILEGES ON *.* TO 'root'@'localhost' WITH GRANT OPTION;
b. Atau jika nak memberi privileges akaun pengguna kepada database tertentu
mysql> GRANT SELECT ON dbproperty_mysql.* TO 'root'@'localhost';
c. Setelah itu, berikan arahan untuk renew privileges di dalam MySQL
mysql> FLUSH PRIVILEGES;
d. Buka Visual Studio.
e. Buat connection baru atau modify connection MySQL yang sediada.

MySQL installer untuk Windows 10 boleh dipindah turun dari laman sesawang berikut :-
https://dev.mysql.com/downloads/mysql/

Selamat mencuba...!!!