Friday, May 9, 2008

Visual Basic Penyelesaian Aplikasi Stand-Alone

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Visual Basic atau ringkasnya VB merupakan perisian pengaturcaraan yang efisyen di dalam pembangunan aplikasi Stand-Alone GIS. VB mudah digunakan di dalam pembentukan antaramuka aplikasi / sistem GIS kerana mempunyai menu antaramuka sediada di dalam VB. Pengaturcara Sistem haruslah pandai dan kreatif memanipulasi penggunaan menu antaramuka supaya aplikasi GIS nampak menarik dan mesra pengguna.















VB sesuai dan efektif untuk pembangunan aplikasi GIS terutama kepada perisian ArcView mahupun MapInfo. Sekarang Microsoft mempunyai VB 2008 yang lebih baik daripada versi VB terdahulu. Walaubagaimanapun, konsep dan prinsip perancangan, rekabentuk, pembangunan, ujian dan pemasangan aplikasi masih sama. Banyak contoh kod pengaturcaraan disediakan di dalam halaman internet. Kod pengaturcaraan tersebut boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada Pengaturcara Sistem untuk membangunan aplikasi GIS dengan lebih efisyen.

Aplikasi GIS Stand-Alone haruslah sesuai dibangunkan mengikut kriteria keperluan projek. Perancangan di peringkat awal mesti melihat ke arah ini supaya pembangunan aplikasi GIS selaras dengan pembangunan dan perolehan pangkalan data. Di dalam teknologi GIS, aplikasi / sistem tidak boleh dipisahkan dengan pangkalan data. Ianya amat berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, jika ada perubahan drastik dalam skala kecil atau besar terhadap fasa pembangunan aplikasi GIS, ia akan memberi kesan besar terhadap proses pembangunan dan perolehan pangkalan data GIS.


No comments: