Wednesday, July 16, 2008

Kod Warna

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera,

Red, Green, Blue (RGB)
Penetapan dan pengenalan jenis warna adalah amat penting di dalam pembangunan dan rekabentuk data Kartografi. Ini kerana warna memainkan peranan yang amat penting di dalam visual pengguna peta GIS. Untuk menetapkan sesuatu warna dengan tepat dan berkesan, pendekatan penggunaan modul Red, Green, Blue (RGB) adalah amat berguna. Ini kerana setiap warna digital yang dihasilkan oleh komputer mempunyai kod RGB yang tersendiri dan unik. Menggunakan pendekatan ini, kesilapan penetapan visual warna dapat dielakkan kerana kod RGB akan mengawal komposisi warna yang hendak dihasilkan.

MapInfo mempunyai modul warna RGB dan HSV.

ArcView hanya mempunyai modul HSV sahaja.


Hue, Saturation, Value (HSV)
Satu lagi pendekatan adalah menggunakan modul Hue, Saturation, Value (HSV). Modul HSV mempunyai konsep sama seperti modul RGB cuma di sini kod warna HSV dan RGB adalah tidak sama. Modul HSV bergantung kepada jenis perisian GIS yang digunakan. Sebagai contoh, ArcView adalah perisian yang menggunakan modul HSV tetapi tidak ada modul RGB. Namun begitu, perisian MapInfo mempunyai kedua-dua modul RGB dan HSV. Masalah akan timbul apabila hendak menetapkan warna di dalam perisian GIS yang berbeza-beza, contohnya, antara MapInfo dan ArcView. Ini kerana kod warna RGB MapInfo tidak boleh menetapkan warna berkenaan daripada kod HSV ArcView kerana mempunyai kod komposisi warna yang tidak sama. Untuk menyelesaikan masalah, gunakan perisian pertukaran kod warna (image processing software) untuk menukar kod warna antara RGB - HSV - RGB.
Halaman web ini iaitu
http://www.drpeterjones.com/colorcalc/ mempunyai program untuk menukarkan kod warna RGB - HSV - RGB.

Thursday, July 10, 2008

Buta Warna

Assalamua'laikum & Salam Sejahtera,

Adakah anda buta warna ? Buta warna diklasifikasikan sebagai individu yang tidak dapat membezakan warna dengan baik apabila melihat pada sesuatu objek. Individu yang mengalami masalah buta warna dapat diketahui apabila membuat ujian buta warna. Ujian buta warna dibuat dengan meletakkan campuran pelbagai warna di dalam satu ruang. Di dalam ruang tersebut adalah diwarnakan pada objek yang khusus seperti angka, bentuk dan sebagainya. Kebiasaanya objek khusus tersebut diletakkan angka kerana lebih jelas dan tepat keputusan ujian buta warna. Jika individu dapat meneka dengan tepat angka di dalam ruang tersebut, maka individu tersebut bukan di dalam kategori buta warna.
Untuk menguji samada mata kita ini buta warna atau tidak, sila uji mata anda dengan membaca angka pada gambar di bawah ini ....


Jawapan : 45 , 8 , 6

Anda boleh menguji lebih lanjut mata anda dengan melayari halaman ini ....