Wednesday, July 16, 2008

Kod Warna

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera,

Red, Green, Blue (RGB)
Penetapan dan pengenalan jenis warna adalah amat penting di dalam pembangunan dan rekabentuk data Kartografi. Ini kerana warna memainkan peranan yang amat penting di dalam visual pengguna peta GIS. Untuk menetapkan sesuatu warna dengan tepat dan berkesan, pendekatan penggunaan modul Red, Green, Blue (RGB) adalah amat berguna. Ini kerana setiap warna digital yang dihasilkan oleh komputer mempunyai kod RGB yang tersendiri dan unik. Menggunakan pendekatan ini, kesilapan penetapan visual warna dapat dielakkan kerana kod RGB akan mengawal komposisi warna yang hendak dihasilkan.

MapInfo mempunyai modul warna RGB dan HSV.

ArcView hanya mempunyai modul HSV sahaja.


Hue, Saturation, Value (HSV)
Satu lagi pendekatan adalah menggunakan modul Hue, Saturation, Value (HSV). Modul HSV mempunyai konsep sama seperti modul RGB cuma di sini kod warna HSV dan RGB adalah tidak sama. Modul HSV bergantung kepada jenis perisian GIS yang digunakan. Sebagai contoh, ArcView adalah perisian yang menggunakan modul HSV tetapi tidak ada modul RGB. Namun begitu, perisian MapInfo mempunyai kedua-dua modul RGB dan HSV. Masalah akan timbul apabila hendak menetapkan warna di dalam perisian GIS yang berbeza-beza, contohnya, antara MapInfo dan ArcView. Ini kerana kod warna RGB MapInfo tidak boleh menetapkan warna berkenaan daripada kod HSV ArcView kerana mempunyai kod komposisi warna yang tidak sama. Untuk menyelesaikan masalah, gunakan perisian pertukaran kod warna (image processing software) untuk menukar kod warna antara RGB - HSV - RGB.
Halaman web ini iaitu
http://www.drpeterjones.com/colorcalc/ mempunyai program untuk menukarkan kod warna RGB - HSV - RGB.

No comments: