Thursday, August 5, 2010

WorldView 2

Teknologi satelit telah maju setapak lagi dengan pelancaran satelit WorldView-2 yang dapat menghasilkan imej satelit dengan lebih jelas dan terang. WorldView-2 telah dilancarkan pada bulan Oktober 2009 di USA dan beroperasi pada Januari 2010. Kelebihan satelit ini adalah liputan imej satelit dicerap adalah 975,000 km persegi dan mempunyai 8 band spectrum yang menghasilkan imej resolusi yang tinggi.

Berikut adalah spesifikasi satelit WorldView-2 dalam bahasa Inggeris :-

Resolution:
Panchromatic 50 cm (at nadir)Multispectral 2.0 m (at nadir)
Nominal Swath Width:
16.4 km at nadir


Products:
Available as a 3 band, 4 band or 8 band product
Bands:
Pan: 450-800 nm
Coastal: 400-450 nm
Blue: 450-510 nm
Green: 510-580 nm
Yellow: 585-625 nm
Red: 630-690 nm
Red Edge: 705-745 nm
Near Infrared 1: 770-895 nm
Near Infrared 2: 860-1040 nm
Archive Availability:
Possible archive from 2009 onwards
Programmable?
Yes

Minimum area of purchase:
25 sq kms from archive (5 km x 5 km)79-90 sq kms depending on product chosen for Select Tasking99-107 sq kms depending on product chosen for Select Plus Tasking Minimum width 5 kmMinimum segment length 5 km

Stereo Available?
Yes
Best scale:
1:2,000

Dynamic Range:
11 bits per pixel


Risalah WorldView-2.

Beberapa contoh imej satelit WorldView-2 di luar negara :-


Cuaca Melampau

Baru-baru ini dunia telah dikejutkan dengan fenomena peningkatan suhu yang mendadak di benua Amerika, Eropah dan di beberapa negara Asia. Ada negara yang mengalami cuaca panas yang melampau yang memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Kebakaran hutan yang tidak terkawal telah membinasakan harta benda manusia. Ada juga negara yang mengalami banjir yang besar dan luar biasa. Ini dapat di lihat di negara China dan Pakisan. Perubahan iklim yang tidak menentu telah membawa hujan yang begitu banyak ke dua-dua buah negara ini.

Imej gambar udara menunjukkan bandar di Pakistan yang terjejas akibat banjir besar.

NASA merupakan sebuah agensi angkasalepas Amerika Syarikat telah membuat pemantauan spatial terhadap negara Pakistan. Imej satelit telah dicerap bagi menunjukkan suasana negara Pakistan sebelum dan semasa banjir besar. Di dalam imej di bawah ini tidak dinyatakan nama penempatan di negara Pakistan. Cuma dipaparkan perubahan topografi bumi terutama limpahan air banjir di kawasan yang terlibat.

Imej satelit menunjukkan kawasan yang terjejas oleh banjir


Imej satelit menunjukkan kawasan tersebut sebelum banjir besar.