Thursday, August 5, 2010

Cuaca Melampau

Baru-baru ini dunia telah dikejutkan dengan fenomena peningkatan suhu yang mendadak di benua Amerika, Eropah dan di beberapa negara Asia. Ada negara yang mengalami cuaca panas yang melampau yang memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Kebakaran hutan yang tidak terkawal telah membinasakan harta benda manusia. Ada juga negara yang mengalami banjir yang besar dan luar biasa. Ini dapat di lihat di negara China dan Pakisan. Perubahan iklim yang tidak menentu telah membawa hujan yang begitu banyak ke dua-dua buah negara ini.

Imej gambar udara menunjukkan bandar di Pakistan yang terjejas akibat banjir besar.

NASA merupakan sebuah agensi angkasalepas Amerika Syarikat telah membuat pemantauan spatial terhadap negara Pakistan. Imej satelit telah dicerap bagi menunjukkan suasana negara Pakistan sebelum dan semasa banjir besar. Di dalam imej di bawah ini tidak dinyatakan nama penempatan di negara Pakistan. Cuma dipaparkan perubahan topografi bumi terutama limpahan air banjir di kawasan yang terlibat.

Imej satelit menunjukkan kawasan yang terjejas oleh banjir


Imej satelit menunjukkan kawasan tersebut sebelum banjir besar.

No comments: