Thursday, November 17, 2011
Teknologi Kawalan Jauh
Ini ada satu video klip yang menarik tentang teknologi kawalan jauh (Remote Control) yang boleh digunapakai untuk pelbagai tujuan. Dalam hal GIS, RC ini boleh dibuat penambahbaikan untuk mendapat data spatial dengan tepat, cepat dan terkini. Fungsi RC GIS mesti boleh mengukur perkara seperti keluasan, jarak, darjah kecerunan, ketinggian dan pelbagai fungsi GIS yang boleh dikembangkan. Data dari RC GIS boleh disalurkan terus ke pelayan GIS secara langsung dan pengguna boleh mendapatkan maklumat spatial terkini dengan cepat, mudah dan sistematik.
Video produced by : RC Aerial Cam, Aerial Video Reel from RC Aerial Cam on Vimeo.
Tuesday, November 15, 2011
Remote Control
Era teknologi maklumat & komunikasi semakin canggih setiap masa. Pembangunan pesat teknologi tanpa wayar dan inframerah (infrared) semakin mengesuai dunia tanpa sempadan. Menerusi teknologi ini, kita boleh mengawal apa sahaja objek, sistem dan apa-apa dari dekat mahu pun dari jauh. Dahulu kenderaan kawalan jauh (Remote Control - RC) merupakan satu permainan atau hobi yang boleh dibahagikan kepada darat, udara atau pun di dalam air. Kini ianya merupakan satu alternatif penting kepada dunia GIS untuk memperolehi data lapangan dengan cepat dan murah.
Pendekatan teknologi RC boleh digunakan di dalam pembangunan & perolehan data GIS. Ini kerana teknologi RC boleh diubahsuai mengikut kesesuai sesuatu kawasan lapangan yang ingin dicerap. Kenderaan RC seperti helikopter atau kapal terbang boleh dipasang dengan peranti kamera atau video. Perolehan imej lapangan boleh diperolehi dengan jelas, cepat, terkini dan secara langsung.
Geo Sense Sdn Bhd merupakan syarikat yang aktif mengunakan teknologi RC di dalam memberi perkhidmatan perolehan dan pembangunan data GIS menerusi imej foto udara. Menurut CEO Geo Sense, kenderaan RC mereka telah menjalani beberapa proses penambahbaikan teknikal sehingga dapat mengambil imej foto udara dengan tepat dan sistematik.
Perolehan imej foto udara berwarna dengan RC yang telah diunjur ke sistem koordinat tempatan dari GeoSense Sdn Bhd.
Selain itu, aplikasi RC boleh digunakan untuk pelbagai tujuan selain dari ini. Antaranya boleh dilihat video di bawah ini :-
1.0 Mengawal dan memantau rusuhan di Warsaw, Russia.
2.0 Untuk tujuan perfileman
3.0 Kerja pengukuran Haidrografi oleh EchoPRO.
Monday, November 14, 2011
Air Empangan
Video menarik dari National Geographic Video memaparkan pelepasan air empangan Condit di Washington, Amerika pada 28Okt 2011 yang lalu. Air semasa sikit seronok kita gunakan tapi bila sudah banyak, takut untuk mendekatinya sebab sifat air sudah bertukar menjadi deras dan laju.
Thursday, October 27, 2011
Banjir di Thailand
Di bawah ini menunjukkan tindihan lapisan banjir dengan satelit imej yang dipercayai terkini sehingga pada 26hb. Oktober 2011. Lapisan banjir ditunjukkan dalam warna biru yang sudah merebak di seluruh negara Thailand. Jika dilihat pada imej satelit ini, kota Bangkok kini dikelilingi oleh air banjir. Cuma tunggu saat sahaja dan jika sistem tebatan banjir berkesan, kota Bangkok akan selamat.
Peta Banjir
Kota Bangkok ibu negara Thailand kemungkinan dijangka akan mengalami banjir besar apabila air banjir dari daerah-daerah di utara Bangkok sedang bergerak masuk ke dalam daerah Bangkok seterusnya mengalir masuk ke Teluk Thailand. Walaupun Bangkok dilengkapi dengan sistem tebatan banjir namun kerajaan Thailand berpendapat ianya adalah 50/50 kerana jumlah pengaliran air banjir dari daerah-daerah di utara Bangkok amat besar sekali. Untuk makluman, Bangkok mempunyai infrastruktur dinding tebatan banjir di sepanjang Sungai Choa Phraya dalam ketinggian 2-3 meter selain keupayaan beberapa stesen pengepam air banjir dan pintu kunci air pada setiap sistem saliran yang wujud di Bangkok. Ramai berpendapat banjir besar ini akan menguji sistem tebatan banjir Kota Bangkok yang telah direkabentuk sebelum ini untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan tahap keupayaan sistem ini menangani isu banjir di kota Bangkok.
Menarik di sini adalah kawasan yang dilimpahi dengan air banjir telah dipetakan dengan begitu baik sekali termasuk jangkaan kawasan yang bakal dilanda banjir. Peta banjir ini juga menunjukkan isipadu air yang akan mengalir ke kawasan-kawasan tertentu berdasarkan kepada punca sumber isipadu air yang mengalir dari daerah-daerah utara Bangkok. Melalui maklumat spatial yang diterima, mereka boleh membuat jangkaan dan aggaran berapa isipadu air dan kawasan mana yang akan menerima akibat limpahan air sungai ini. Jadi pengajaran di sini adalah peta banjir ini amatlah penting dibangunkan di negara kita sebagai langkah berjaga-jaga di dalam menghadapi bencana banjir. Peta banjir ini boleh memberi maklumat lebih cepat dan tepat untuk mengetahui kawasan yang boleh dilanda banjir. Ini dapat membantu pihak keselamatan dan agensi berkaitan untuk bersedia menyelamat magsa banjir dan peta banjir ini boleh digunakan untuk apa-apa tujuan.
Animasi peta di atas menunjukkan analisis isipadu air banjir yang akan melanda kota Bangkok. Sila klik pada gambar tersebut untuk membuka animasi peta tersebut. Peta banjir di sebelah kiri bawah pada animasi peta ditunjukkan pada peta di bawah ini.
Maaf peta ini dihasilkan dalam bahasa Thai tapi amat berguna untuk kita melihat kawasan banjir setakat 27hb Oktober 2011. (Sumber maklumat : http://www.nationmultimedia.com)
Thursday, September 22, 2011
Sintok
Tuesday, September 20, 2011
Planet Bumi
Gambar stesen angkasa lepas ISS..
Monday, September 19, 2011
Berhati-Hati Peti Keselamatan Hotel
Tuesday, July 5, 2011
Long Pasia, Sabah - 2
Gambar jambatan Sungai Meligan diambil pada bulan Januari 2011. Alhamdulillah walaupun pada minggu tersebut hujan selalu turun pada waktu petang, air Sungai Meligan tidak naik. Mungkin hujan tidak lebat di hulu sungai.
Kenderaan 4WD menyeberangi jambatan konkrit Sungai Meligan.
Tragedi di Sungai Meligan.
Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga di dalam tragedi ini.
[ Nota berita di ambil dari sesawang YouTube :-]
Pada hari jumaat, 13 Mac 2009 Sipitang dikejutkan dengan berita beberapa orang pelajar hilang di Sungai Meligan... Ada yang mengatakan dua orang Melayu telah mati lemas, ada mengatakan seorang hilang.. dan pelbagai lagi khabar angin kedengaran di sana sini...
Apa yang berlaku sebenarnya adalah satu daripada 3 buah kereta yang berkonvoi ke Long Pasia telah dihanyutkan air ketika melalui sungai tersebut. Kereta pertama berjaya menyeberang ke sebelah sungai, kereta kedua tersangkut di tengah sungai ketika cuba menyeberang dan kereta ketika masih menunggu di seberang sungai (sambil mengambil video dari telefon bimbit)..
Arus sungai yang deras menyebabkan kereta kedua hanyut bersama 10 orang penumpang di dalamnya.. 9 orang berjaya menyelamatkan diri, namun seorang pelajar tingkatan 5 calorine murang masih hilang tidak ditemui sehingga kini...
Ini pula gambaran lokasi kenderaan 4WD yang terpaksa menempuh jalan tanah merah yang berlumpur. Jika hujan, jalan menjadi amat licin dan merbahaya kerana kenderaan boleh membuang ke kiri dan ke kanan. Jika nasib tidak baik, kenderaan terhumban ke dalam gaung atau jatuh ke tebing.
Ini paparan video di lokasi yang sama yang dimuatnaik oleh individu ke dalam YouTube.
Syukur Alhamdulillah semasa melaksanakan projek di Sabah tiada apa-apa kemalangan yang berlaku ke atas pasukan kerjaluar walaupun destinasi yang ditujui amat mencabar mental dan fizikal kerana tidak pernah sampai di kawasan seperti ini. Rasa bersyukur kepadaNya selama ini kerana kehidupan di Semenanjung kemudahannya sangat baik jika dibandingkan di Sabah.
Thursday, May 26, 2011
ArcGIS 10 Installation Tips
Tuesday, May 24, 2011
Ruby
Pencetak HP
Jan 14, 2010 11:30:48 GMT Unassigned |
Olá Leonardo Dias, You don't need to download any driver. I tested this solution in Windows Vista (x86 and x64) and in Windows 7 (x64) too. Do the following: 1. Go to Devices and printers on the Start Menu 2. Click in the button Add printer (in the tool bar) 3. Click on Add Local Printer, in the new window. 4. Use the settings: "Use an existing port: LPT1: (Printer Port)". And click on the Next button. 5. Choose the Manufacter: HP and printer: HP Deskjet 1220C. After that click on Next. 6. Now that you have the printer added, go to the Devices and Printers window, that you opened in the 1. and click with the right button in the printer that've added and click on Printer Properties. 7. Go to the Ports tab. 8. Select the port USB001 and click OK. 9. Now you can use the printer!! Espero que esta dica tenha ajudado a adicionar a impressora. Cumprimentos, Adriano Lopes http://www.superdicas.net - dicas Windows XP/Vista/7 |
Tuesday, April 12, 2011
Pusat Gempa Bumi 11hb April 2011
Senarai lokasi pusat gempa bumi pada 11hb. April 2011. | |||||||
Date | Time(UTC) | Lat | Long | Depth(km) | Mag | Location | |
2011/04/11 | 13:33:42 | 29.43S | 177.37W | 38.6 | 5.0 | ||
2011/04/11 | 11:42:35 | 36.97N | 140.45E | 13.8 | 5.6 | ||
2011/04/11 | 11:27:32 | 37.14N | 140.64E | 22.0 | 4.7 | ||
2011/04/11 | 10:00:06 | 36.90N | 140.70E | 16.3 | 4.7 | ||
2011/04/11 | 09:36:22 | 36.91N | 140.39E | 15.2 | 4.9 | ||
2011/04/11 | 09:30:35 | 37.05N | 140.50E | 12.2 | 4.7 | ||
2011/04/11 | 09:17:12 | 37.74N | 142.58E | 20.5 | 4.8 | ||
2011/04/11 | 09:12:34 | 36.91N | 140.44E | 25.1 | 4.7 | ||
2011/04/11 | 09:05:21 | 37.04N | 140.57E | 30.1 | 4.9 | ||
2011/04/11 | 08:58:04 | 37.01N | 140.36E | 17.1 | 5.0 | ||
2011/04/11 | 08:26:31 | 37.10N | 140.45E | 15.0 | 5.2 | ||
2011/04/11 | 08:16:13 | 37.01N | 140.48E | 10.0 | 6.6 | ||
2011/04/11 | 07:55:09 | 23.91S | 66.76W | 191.2 | 5.0 | ||
2011/04/11 | 04:51:46 | 37.54N | 141.21E | 29.1 | 5.0 | ||
2011/04/11 | 02:01:20 | 17.77S | 178.53W | 538.8 | 5.2 | ||
2011/04/10 | 21:35:55 | 36.81N | 141.05E | 61.9 | 5.2 | ||
2011/04/10 | 20:24:26 | 36.08S | 73.26W | 26.6 | 5.2 | ||
2011/04/10 | 20:04:21 | 9.95N | 126.21E | 38.8 | 5.0 | ||
2011/04/10 | 16:18:18 | 23.61S | 179.82E | 523.1 | 5.0 | ||
2011/04/10 | 09:02:46 | 31.40N | 100.76E | 39.2 | 5.1 | ||
2011/04/10 | 04:45:22 | 28.75S | 176.96W | 31.6 | 5.0 | ||
2011/04/09 | 12:57:49 | 30.01N | 131.81E | 21.3 | 6.1 | ||
2011/04/07 | 14:32:41 | 38.25N | 141.64E | 49.0 | 7.1 | ||
2011/04/07 | 13:11:24 | 17.43N | 93.98W | 167.4 | 6.5 | ||
2011/04/05 | 11:14:15 | 3.06N | 126.97E | 17.6 | 6.0 |