Apabila kita daftar masuk di hotel, kita akan nampak satu peti keselamatan yang terletak di satu sudut yang agak tersorok sedikit samada di dalam almari atau di bawah kabinet TV. Tujuan peti tersebut hanyalah satu iaitu untuk para penginap menyimpan barang-barang berharga di dalam peti tersebut apabila kita tidak mahu membawanya apabila kita berjalan-jalan atau bersantai di luar hotel. Namun begitu, kita perlul berhati-hati sebab ada model peti keselamatan boleh dibuka dengan senang tanpa perlu memecahkan peti tersebut. Caranya adalah individu tersebut hanya memasukkan default kata kunci dan terus boleh membuka tanpa bersusah payah. Oleh itu, sebelum kita menggunakan peti tersebut, wajib kita menguji peti keselamatan tersebut dengan memasukkan kata kunci yang kita tahu kemudian uji dengan default password. Jika ianya boleh dibuka adalah lebih baik bawa sahaja barang-barang berharga apabila kita ingin keluar. Video dibawah menunjukkan cara menguji peti keselamatan tersebut.
Monday, September 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment