Dahulu kalau tidak silap dalam tahun 2005 keadaan jalanraya dari pekan Sintok ke Padang Senai dalam keadaan baik walaupun tidak pernah melalui jalanraya ini. Permukaan jalanraya masih nampak tar lagi kalau dilihat dalam Google Satelit imej. Kini dilokasi yang sama, keadaan berbeza sama sekali. Kebetulan ada projek di kawasan ini jadi pergilah buat lawatan tapak untuk mendapat gambaran kawasan tapak. Selepas pekan Sintok lebih kurang sekilometer lebih ada satu pusat Akademik Binaan Malaysia (ABM). Bermula dari ABM hingga 8 km keadaan jalanraya rosak teruk dan permukaan tar bercampur dengan tanah merah. Kalau sesiapa bawa kereta kena berhati-hati sebab keadaan jalanraya dah macam lalu jalan tanah merah, berlopak-lopak dan lantai kereta boleh sagat dengan jalanraya sebab sudah tidak rata lagi. Lagi satu jalanraya ini sunyi dan jarang kenderaan lalu-lalang mungkin disebabkan oleh faktor ini kecuali lor-lori yang mengangkut pasir sahaja.
Gambaran satelit imej Google tahun 2005. Jalanraya masih nampak cantik lagi. Kawasan ini adalah hutan simpan Sungai Badak. Di sebelah atas tidak jauh dari jalanraya adalah sempadan antarabangsa negara Malaysia dan Thailand.
Permukaan jalanraya yang sudah hilang tar dan ditutupi dengan tanah merah sahaja.
Kebetulan semasa mengambil gambar sebuah lori pasir kosong sedang melalui jalanraya ini. Mungkin agaknya nak pi ambil pasir dari mana-mana kuari. Sebahagian jalanraya masih nampak tar lagi.