Friday, May 9, 2008

Visual Basic Penyelesaian Aplikasi Stand-Alone

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Visual Basic atau ringkasnya VB merupakan perisian pengaturcaraan yang efisyen di dalam pembangunan aplikasi Stand-Alone GIS. VB mudah digunakan di dalam pembentukan antaramuka aplikasi / sistem GIS kerana mempunyai menu antaramuka sediada di dalam VB. Pengaturcara Sistem haruslah pandai dan kreatif memanipulasi penggunaan menu antaramuka supaya aplikasi GIS nampak menarik dan mesra pengguna.















VB sesuai dan efektif untuk pembangunan aplikasi GIS terutama kepada perisian ArcView mahupun MapInfo. Sekarang Microsoft mempunyai VB 2008 yang lebih baik daripada versi VB terdahulu. Walaubagaimanapun, konsep dan prinsip perancangan, rekabentuk, pembangunan, ujian dan pemasangan aplikasi masih sama. Banyak contoh kod pengaturcaraan disediakan di dalam halaman internet. Kod pengaturcaraan tersebut boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada Pengaturcara Sistem untuk membangunan aplikasi GIS dengan lebih efisyen.

Aplikasi GIS Stand-Alone haruslah sesuai dibangunkan mengikut kriteria keperluan projek. Perancangan di peringkat awal mesti melihat ke arah ini supaya pembangunan aplikasi GIS selaras dengan pembangunan dan perolehan pangkalan data. Di dalam teknologi GIS, aplikasi / sistem tidak boleh dipisahkan dengan pangkalan data. Ianya amat berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, jika ada perubahan drastik dalam skala kecil atau besar terhadap fasa pembangunan aplikasi GIS, ia akan memberi kesan besar terhadap proses pembangunan dan perolehan pangkalan data GIS.


Monday, April 21, 2008

Selamat Datang ke AlamInfo Blog

Assalamua'laikum & Salam Sejahtera,

Yang dihormati Datuk , Tuan-tuan dan Puan-puan,

Alhamdulillah, laman blog AlamInfo Systems Sdn Bhd 749172-H telah berjaya diwujud untuk kita berkongsi cerita dan pengalaman mengenai dunia GIS. Satu teknologi maklumat yang kini sedang banyak digunakan oleh pelbagai pihak samada kerajaan, korporat ataupun individu. Insyallah, kami akan cuba sedaya upaya untuk menjawab segala pertanyaan atau pun perbincangan yang diutarakan. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk kita berkongsi pengalaman di dalam dunia GIS terutamanya di Malaysia. Banyak perkara yang perlu kita pelajari di dalam memantapkan penggunaan GIS kerana teknologi ini sentiasa berubah lebih-lebih lagi sekarang ini adalah era teknologi maklumat. Akhir kata kami mengucapkan selamat datang ke blog AlamInfo Systems Sdn Bhd untuk anda melayari dan bertukar pendapat mengenai dunia GIS .......