Thursday, September 22, 2011

Sintok

Dahulu kalau tidak silap dalam tahun 2005 keadaan jalanraya dari pekan Sintok ke Padang Senai dalam keadaan baik walaupun tidak pernah melalui jalanraya ini. Permukaan jalanraya masih nampak tar lagi kalau dilihat dalam Google Satelit imej. Kini dilokasi yang sama, keadaan berbeza sama sekali. Kebetulan ada projek di kawasan ini jadi pergilah buat lawatan tapak untuk mendapat gambaran kawasan tapak. Selepas pekan Sintok lebih kurang sekilometer lebih ada satu pusat Akademik Binaan Malaysia (ABM). Bermula dari ABM hingga 8 km keadaan jalanraya rosak teruk dan permukaan tar bercampur dengan tanah merah. Kalau sesiapa bawa kereta kena berhati-hati sebab keadaan jalanraya dah macam lalu jalan tanah merah, berlopak-lopak dan lantai kereta boleh sagat dengan jalanraya sebab sudah tidak rata lagi. Lagi satu jalanraya ini sunyi dan jarang kenderaan lalu-lalang mungkin disebabkan oleh faktor ini kecuali lor-lori yang mengangkut pasir sahaja.


Gambaran satelit imej Google tahun 2005. Jalanraya masih nampak cantik lagi. Kawasan ini adalah hutan simpan Sungai Badak. Di sebelah atas tidak jauh dari jalanraya adalah sempadan antarabangsa negara Malaysia dan Thailand.

Permukaan jalanraya yang sudah hilang tar dan ditutupi dengan tanah merah sahaja.

Kebetulan semasa mengambil gambar sebuah lori pasir kosong sedang melalui jalanraya ini. Mungkin agaknya nak pi ambil pasir dari mana-mana kuari. Sebahagian jalanraya masih nampak tar lagi.

Tuesday, September 20, 2011

Planet Bumi

Menarik melihat planet Bumi dari ISS(International Space Station) yang terletak angkasa lepas. ISS merupakan sebuah stesen angkasa lepas yang digunakan oleh negara-negara yang terlibat di dalam penerokaan sains angkasa lepas seperti USA, Jepun, Russia, Canada dan lain-lain lagi.


Gambar stesen angkasa lepas ISS..

Monday, September 19, 2011

Berhati-Hati Peti Keselamatan Hotel

Apabila kita daftar masuk di hotel, kita akan nampak satu peti keselamatan yang terletak di satu sudut yang agak tersorok sedikit samada di dalam almari atau di bawah kabinet TV. Tujuan peti tersebut hanyalah satu iaitu untuk para penginap menyimpan barang-barang berharga di dalam peti tersebut apabila kita tidak mahu membawanya apabila kita berjalan-jalan atau bersantai di luar hotel. Namun begitu, kita perlul berhati-hati sebab ada model peti keselamatan boleh dibuka dengan senang tanpa perlu memecahkan peti tersebut. Caranya adalah individu tersebut hanya memasukkan default kata kunci dan terus boleh membuka tanpa bersusah payah. Oleh itu, sebelum kita menggunakan peti tersebut, wajib kita menguji peti keselamatan tersebut dengan memasukkan kata kunci yang kita tahu kemudian uji dengan default password. Jika ianya boleh dibuka adalah lebih baik bawa sahaja barang-barang berharga apabila kita ingin keluar. Video dibawah menunjukkan cara menguji peti keselamatan tersebut.

Tuesday, July 5, 2011

Long Pasia, Sabah - 2

Ini sambungan kisah Long Pasia, Sabah yang hendak mempersembahkan gambaran sebenar antara cerita di dalam gambar dan paparan video di beberapa lokasi semasa perjalanan ke Long Pasia. Video ini diambil dari YouTube yang dimuatnaik oleh individu yang pernah memasuki kawasan pendalaman ini.

Gambar jambatan Sungai Meligan diambil pada bulan Januari 2011. Alhamdulillah walaupun pada minggu tersebut hujan selalu turun pada waktu petang, air Sungai Meligan tidak naik. Mungkin hujan tidak lebat di hulu sungai.



Kenderaan 4WD menyeberangi jambatan konkrit Sungai Meligan.


Tragedi di Sungai Meligan.


Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga di dalam tragedi ini.

[ Nota berita di ambil dari sesawang YouTube :-]
Pada hari jumaat, 13 Mac 2009 Sipitang dikejutkan dengan berita beberapa orang pelajar hilang di Sungai Meligan... Ada yang mengatakan dua orang Melayu telah mati lemas, ada mengatakan seorang hilang.. dan pelbagai lagi khabar angin kedengaran di sana sini...

Apa yang berlaku sebenarnya adalah satu daripada 3 buah kereta yang berkonvoi ke Long Pasia telah dihanyutkan air ketika melalui sungai tersebut. Kereta pertama berjaya menyeberang ke sebelah sungai, kereta kedua tersangkut di tengah sungai ketika cuba menyeberang dan kereta ketika masih menunggu di seberang sungai (sambil mengambil video dari telefon bimbit)..
Arus sungai yang deras menyebabkan kereta kedua hanyut bersama 10 orang penumpang di dalamnya.. 9 orang berjaya menyelamatkan diri, namun seorang pelajar tingkatan 5 calorine murang masih hilang tidak ditemui sehingga kini...



Ini pula gambaran lokasi kenderaan 4WD yang terpaksa menempuh jalan tanah merah yang berlumpur. Jika hujan, jalan menjadi amat licin dan merbahaya kerana kenderaan boleh membuang ke kiri dan ke kanan. Jika nasib tidak baik, kenderaan terhumban ke dalam gaung atau jatuh ke tebing.




Ini paparan video di lokasi yang sama yang dimuatnaik oleh individu ke dalam YouTube.


Syukur Alhamdulillah semasa melaksanakan projek di Sabah tiada apa-apa kemalangan yang berlaku ke atas pasukan kerjaluar walaupun destinasi yang ditujui amat mencabar mental dan fizikal kerana tidak pernah sampai di kawasan seperti ini. Rasa bersyukur kepadaNya selama ini kerana kehidupan di Semenanjung kemudahannya sangat baik jika dibandingkan di Sabah.

Thursday, May 26, 2011

ArcGIS 10 Installation Tips

Salam & Salam Sejahtera,
















Ada di antara kita menghadapi masalah semasa pemasangan ArcGIS 10 yang kadang-kadang kita tidak tahu apa punca atau sebab pemasangan di komputer tersebut menghadapi masalah. ArcGIS 10 merupakan perisian ESRI yang kompleks dan menyeluruh kerana sistem arkitek perisian tersebut merangkumi lebih dari satu aplikasi ArcGIS iaitu ada ArcVIew, ArcCatalog, ArcInfo dan ArcMap yang biasa digunakan. Selain itu terdapat extensions dan tools yang memberi kita pilihan samada hendak memasang semua komponen atau tidak.

Jadi di sini ada tips yang boleh dikongsi bersama yang diperolehi dari Proceedings Esri. Harap tips ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi, sila klik pada url berikut :-




Tuesday, May 24, 2011

Ruby


Salam & Selamat Sejahtera,

Bahasa pengaturcaraan terbaru iaitu Ruby boleh diperolehi di http://www.ruby-lang.org/en/

Setakat ini masih belum teroka banyak lagi tapi nampak mudah, efisyen dan boleh membangun aplikasi GIS dengan baik. Insyallah cuba mencari ruang masa untuk bangunkan satu aplikasi GIS yang ringkas untuk melihat keberkesanan bahasa Ruby ini.

Selamat mencuba ...


Pencetak HP

Salam & Selamat Sejahtera,
Pengalaman sebelum ini mendapati bahawa pemasangan pencetak (printer installation) di dalam Windows 7 terutama melibatkan jenama Hawlett Packard (HP) perlu teliti. Ini kerana pemasangan driver pencetak model tertentu tidak boleh dipasang terus. Jika tidak pencetak tidak berfungsi. Contoh model HP Deskjet 1280 jika di pasang di dalam Windows 7 memang tiada driver untuk model ini. Sebagai ganti, driver yang boleh digunakan adalah HP Deskjet 1220C. Di dalam windows 7, driver printer boleh update menerusi internet atau menggunakan fail driver jika ada. Pemasangan driver 1220C di dalam windows 7 ada caranya. Berikut adalah tips yang diperolehi dari laman forum HP berikut


Jan 14, 2010 11:30:48 GMT Unassigned

Olá Leonardo Dias,

You don't need to download any driver. I tested this solution in Windows Vista (x86 and x64) and in Windows 7 (x64) too.

Do the following:
1. Go to Devices and printers on the Start Menu
2. Click in the button Add printer (in the tool bar)
3. Click on Add Local Printer, in the new window.
4. Use the settings: "Use an existing port: LPT1: (Printer Port)". And click on the Next button.
5. Choose the Manufacter: HP and printer: HP Deskjet 1220C. After that click on Next.
6. Now that you have the printer added, go to the Devices and Printers window, that you opened in the 1. and click with the right button in the printer that've added and click on Printer Properties.
7. Go to the Ports tab.
8. Select the port USB001 and click OK.
9. Now you can use the printer!!

Espero que esta dica tenha ajudado a adicionar a impressora.

Cumprimentos,
Adriano Lopes
http://www.superdicas.net - dicas Windows XP/Vista/7

Selamat mencuba..