Monday, May 11, 2009

Hec-GEORAS

Baru-baru ini kami telah berjaya menghasilkan sebuah model Sungai Gurun untuk digunakan oleh pihak klien untuk membuat analisis saliran dan rangkaian sungai. Model ini dihasilkan dengan menggunakan aplikasi Hec-GEORAS dan Hec-RAS yang telah dibangunkan oleh The Hydrologic Engineering Center (HEC), Army Corps of Engineers di halaman http://www.hec.usace.army.mil/ . Aplikasi Hec-GEORAS merupakan modul extension yang digunakan di dalam ArcGIS dan ada juga boleh digunakan di dalam ArcView, bergantung kepada keperluan dan kehendak klien untuk tujuan pembangunan data analisis sungai. Manakala Hec-RAS pula aplikasi digunakan untuk membuat analisis terhadap data sungai seperti isipadu saliran, keratan rentas sungai, perlebaran sungai, penjajaran sungai dan lain-lain lagi.

Gambar satelit imej Goggle Earth menunjukkan lokasi Sungai Gurun yang telah diunjur ke sistem koordinat tempatan.


Sebelum model sungai dibangunkan, kami mengambil peluang ini meneroka sendiri tekonologi ini berpandukan kepada manual pengguna yang dipindah terima daripada halaman ini, http://www.hec.usace.army.mil/. Banyak ujian data kami lakukan supaya proses pembangunan data Hec-GEORAS berjalan lancar dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Semasa menjalankan kerja-kerja pembangunan data GIS yang terlibat di dalam projek ini, proses perolehan, pertukaran, pembersihan, pembinaan topologi dan pembangunan lapisan data sungai dilakukan dengan menggunakan ArcGIS dan mesti mengikut peraturan Hec-GEORAS. Semua elemen dan prosedur pembangunan data diterangkan secara terpeinci di dalam dokumen tersebut.

Antara senarai lapisan Hec-GEORAS GIS yang terlibat :-
1.Stream Centerline
2.Bridges/Culverts
3.Levee Alignment
4.Storage Area
5.Bank Lines
6.Ineffective Flow Areas
7.Levee Points
8.Storage Area Connections
9.Flowpaths
10.Blocked Obstructions
11.Inline Structure
12.XS Cut Lines
13.Land Use Lateral Structures

Rajah di bawah menunjukkan lapisan Hec-GEORAS GIS yang telah siap yang ditindih dengan satelit imej Goggle Earth.


Selepas itu pembangunan lapisan data sungai selesai, satu lagi proses pembinaan topologi akan dilakukan sekali lagi dengan menggunakan program menu Hec-GEORAS untuk membina dan menghasilkan satu lagi lapisan khusus untuk digunakan di dalam penyediaan analisis sungai. Penjanaan lapisan ini akan melibatkan gabungan nama dua lapisan sungai yang telah ditetapkan di dalam modul ini. Selepas lapisan khusus tersebut berjaya dihasilkan, satu struktur metadata akan dihasilkan oleh Hec-GEORAS. Atribut metadata yang dijana akan menunjukkan atribut topologi kejiranan antara rangkaian sungai dan lapisan yang terlibat.

Setelah proses di atas telah selesai dilaksanakan, barulah data Hec-GEORAS GIS tersebut boleh diekspot ke format HEC-RAS, merupakan aplikasi penting kepada para jurutera untuk membuat analisis terhadap saliran, rangkaian, isipadu, bacaan air hujan, perlebaran tebing sungai, bacaan keratan rentas sungai, penjajaran aliran sungai dan lain-lain lagi.

Rajah di bawah menunjukkan pandangan perspektif 3D saliran sungai yang dijana di dalam HEC-RAS.

No comments: