Wednesday, May 6, 2009

Unjuran Cassini

Di dalam ArcGIS telah sedia ada senarai parameter sistem koordinat dan unjuran bagi setiap negara atau benua yang wujud di dalam pemetaan dunia. Pengguna cuma memilih parameter tersebut mengikut lokasi geografi dan unjuran pemetaan yang hendak digunakan. Memang terdapat banyak senarai parameter koordinat dan unjuran yang kadang-kala kita rasa jemu untuk memilih dan menguji adakah betul parameter koordinat dan unjuran yang dipilih.

Cara yang berkesan untuk menguji ketepatan parameter koordinat dan unjuran adalah dengan menindihkan lapisan yang telah ditransformasi atau diunjur ke atas satu lapisan asas yang kukuh seperti lapisan lot kadastral. Dari sini ketepatan parameter koordinat dan unjuran dapat dinilai.

Bagi Semenanjung Malaysia terdapat dua sistem koordinat yang telah digunakan sejak lama lagi iaitu Cassini dan Bentuk Benar Serong Ditepati (RSO). Tidak lama lagi pengguna akan menggunakan sistem unjuran baru yang dikenali sebagai GDM2000. Bagi kawasan berparameter kecil dan sederhana banyak pengguna menggunakan unjuran Cassini. Namun bagi kawasan yang berparameter besar selalunya unjuran RSO menjadi pilihan. Unjuran RSO amat senang difahami kerana ianya hanya ada satu set parameter sahaja untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi unjuran Cassini set parameter unjuran adalah mengikut negeri seperti rajah di bawah ini.



Parameter Unjuran RSO Semenanjung Malaysia
Di dalam ArcGIS parameter unjuran RSO adalah seperti berikut :-


Ini adalah Data Frame Properties untuk unjuran RSO.

Sila klik pada butang Modify untuk melihat lebih terpeinci parameter unjuran RSO.












Ini adalah Projected Coordinate System Properties untuk RSO dalam unit meter.













Ini adalah Geographic Coordinate System Properties untuk RSO.















Parameter Unjuran Cassini Negeri Kedah
Di dalam ArcGIS parameter unjuran RSO adalah seperti berikut :-


Ini adalah Data Frame Properties untuk unjuran Cassini Kedah.



















Ini adalah Projected Coordinate System Properties untuk unjuran Cassini Kedah dalam unit meter.













Ini adalah Geographic Coordinate System Properties untuk unjuran Cassini Kedah.













Diharap informasi di atas dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah unjuran pemetaan apabila menggunakan ArcGIS.

No comments: