Friday, October 9, 2009

Kreatif

Untuk menjadikan sesuatu projek lebih menarik dan menjadi perhatian pada setiap masa oleh pengguna maka penghasilan sesuatu produk atau projek perlulah ada elemen kreatif dan inovasi. Dua elemen ini penting kerana sesuatu teknologi GIS hanyalah sebuah alat (tools) untuk membantu pengguna mempercepatkan proses perolehan dan paparan maklumat. Elemen ini perlu digarap secara berbeza-beza kerana perspektif setiap projek GIS adalah berbeza matlamat. Melalui pendekatan ini, setiap paparan maklumat pemetaan digital GIS akan dapat disampai dengan lebih berkesan kepada pengguna. Untuk mendapatkan sesuatu pendekatan yang baik dan berkesan dalam jangka masa panjang, maka satu usaha penyelidikan terhadap elemen ini perlu dijalankan supaya pendekatan ini dapat didokumentasikan untuk digunakan di dalam pembangunan projek sistem GIS pada masa akan datang.

Salah satu pendekatan yang boleh dicontohi adalah menggunakan Teori Keseronokkan (Fun Theory) oleh sebuah organisasi Volkswagen. Mereka telah menjalankan satu kajian bagaimana kaedah untuk menarik pengguna menggunakan tangga berbanding daripada menggunakan tangga bergerak (escalator). Hasil pendekatan kaedah mereka telah berjaya menarik hampir 66% pengguna menggunakan tangga berbanding daripada menggunakan tangga bergerak.

No comments: