Monday, March 1, 2010

Pengguna Internet 2009

Seorang individu bernama Jesse Thomas atau JESS3 telah menerbitkan sebuah video animasi yang menunjukkan statistik penggunaan internet pada tahun 2009 semasa memberi kuliah di AIGA Baltimore pada bulan Feb 2010 baru-baru ini. Banyak perkara telah dimuatkan di dalam animasi ini diantaranya adalah jumlah pengguna internet, bilangan email yang dihantar dan diterima dan tidak kurang juga email spam yang dihantar kepada pengguna internet.

Perspektif yang boleh dilihat daripada statistik internet yang ditunjukkan, jelas bahawa konsep dunia tanpa sepadan telah berjaya menembusi seluruh negara yang menggunakan internet. Kesan dapat dilihat dari segi ekonomi, sosial dan komunikasi. Internet telah mengubah gaya hidup masa kini. Suasana kerja masa kini memerlukan internet. Tanpa internet, kemungkinan besar kerja tidak dapat berjalan lancar. Ini jelas bahawa semua kerja dan projek bergantung sepenuhnya kepada teknologi internet ini. Ini jelas terbukti apabila zon Asia Pasifik mengalami gangguan internet disebabkan oleh kabel bawah laut mengalami kerosakan teknikal. Semua kerja, email, mesyuarat dan komunikasi menjadi perlahan dan memberi impak kepada produktif kerja.

No comments: