Friday, October 9, 2009
Kreatif
Salah satu pendekatan yang boleh dicontohi adalah menggunakan Teori Keseronokkan (Fun Theory) oleh sebuah organisasi Volkswagen. Mereka telah menjalankan satu kajian bagaimana kaedah untuk menarik pengguna menggunakan tangga berbanding daripada menggunakan tangga bergerak (escalator). Hasil pendekatan kaedah mereka telah berjaya menarik hampir 66% pengguna menggunakan tangga berbanding daripada menggunakan tangga bergerak.
Wednesday, August 19, 2009
Batu Sempadan
Wednesday, June 17, 2009
Monday, May 11, 2009
Hec-GEORAS
Gambar satelit imej Goggle Earth menunjukkan lokasi Sungai Gurun yang telah diunjur ke sistem koordinat tempatan.
Sebelum model sungai dibangunkan, kami mengambil peluang ini meneroka sendiri tekonologi ini berpandukan kepada manual pengguna yang dipindah terima daripada halaman ini, http://www.hec.usace.army.mil/. Banyak ujian data kami lakukan supaya proses pembangunan data Hec-GEORAS berjalan lancar dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Semasa menjalankan kerja-kerja pembangunan data GIS yang terlibat di dalam projek ini, proses perolehan, pertukaran, pembersihan, pembinaan topologi dan pembangunan lapisan data sungai dilakukan dengan menggunakan ArcGIS dan mesti mengikut peraturan Hec-GEORAS. Semua elemen dan prosedur pembangunan data diterangkan secara terpeinci di dalam dokumen tersebut.
Antara senarai lapisan Hec-GEORAS GIS yang terlibat :-
1.Stream Centerline
2.Bridges/Culverts
3.Levee Alignment
4.Storage Area
5.Bank Lines
6.Ineffective Flow Areas
7.Levee Points
8.Storage Area Connections
9.Flowpaths
10.Blocked Obstructions
11.Inline Structure
12.XS Cut Lines
13.Land Use Lateral Structures
Rajah di bawah menunjukkan lapisan Hec-GEORAS GIS yang telah siap yang ditindih dengan satelit imej Goggle Earth.
Selepas itu pembangunan lapisan data sungai selesai, satu lagi proses pembinaan topologi akan dilakukan sekali lagi dengan menggunakan program menu Hec-GEORAS untuk membina dan menghasilkan satu lagi lapisan khusus untuk digunakan di dalam penyediaan analisis sungai. Penjanaan lapisan ini akan melibatkan gabungan nama dua lapisan sungai yang telah ditetapkan di dalam modul ini. Selepas lapisan khusus tersebut berjaya dihasilkan, satu struktur metadata akan dihasilkan oleh Hec-GEORAS. Atribut metadata yang dijana akan menunjukkan atribut topologi kejiranan antara rangkaian sungai dan lapisan yang terlibat.
Setelah proses di atas telah selesai dilaksanakan, barulah data Hec-GEORAS GIS tersebut boleh diekspot ke format HEC-RAS, merupakan aplikasi penting kepada para jurutera untuk membuat analisis terhadap saliran, rangkaian, isipadu, bacaan air hujan, perlebaran tebing sungai, bacaan keratan rentas sungai, penjajaran aliran sungai dan lain-lain lagi.
Wednesday, May 6, 2009
Unjuran Cassini
Cara yang berkesan untuk menguji ketepatan parameter koordinat dan unjuran adalah dengan menindihkan lapisan yang telah ditransformasi atau diunjur ke atas satu lapisan asas yang kukuh seperti lapisan lot kadastral. Dari sini ketepatan parameter koordinat dan unjuran dapat dinilai.
Bagi Semenanjung Malaysia terdapat dua sistem koordinat yang telah digunakan sejak lama lagi iaitu Cassini dan Bentuk Benar Serong Ditepati (RSO). Tidak lama lagi pengguna akan menggunakan sistem unjuran baru yang dikenali sebagai GDM2000. Bagi kawasan berparameter kecil dan sederhana banyak pengguna menggunakan unjuran Cassini. Namun bagi kawasan yang berparameter besar selalunya unjuran RSO menjadi pilihan. Unjuran RSO amat senang difahami kerana ianya hanya ada satu set parameter sahaja untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi unjuran Cassini set parameter unjuran adalah mengikut negeri seperti rajah di bawah ini.
Parameter Unjuran RSO Semenanjung Malaysia
Di dalam ArcGIS parameter unjuran RSO adalah seperti berikut :-
Ini adalah Data Frame Properties untuk unjuran RSO.
Sila klik pada butang Modify untuk melihat lebih terpeinci parameter unjuran RSO.
Ini adalah Projected Coordinate System Properties untuk RSO dalam unit meter.
Ini adalah Geographic Coordinate System Properties untuk RSO.
Di dalam ArcGIS parameter unjuran RSO adalah seperti berikut :-
Ini adalah Data Frame Properties untuk unjuran Cassini Kedah.
Ini adalah Projected Coordinate System Properties untuk unjuran Cassini Kedah dalam unit meter.
Ini adalah Geographic Coordinate System Properties untuk unjuran Cassini Kedah.
Diharap informasi di atas dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah unjuran pemetaan apabila menggunakan ArcGIS.