Baru-baru berpeluang masuk ke penempatan Long Pasia di negeri Sabah. Terletak jauh di pendalaman negeri Sabah, herhampiran dengan sempadan negeri Sarawak dan negara Indonesia. Kenderaan yang amat sesuai untuk masuk ke kawasan ini perlu menggunakan pacuan empat roda, dan pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik terutama enjin, keadaan tayar dan pastikan tangki minyak diisi penuh. Kalau terputus minyak di dalam kawasan hutan, setakat yang tahu hanya Kg. Meligan dan Kg. Long Pasia sahaja yang ada menjual mintak diesel. Jarak dari Kg. Meligan ke Kg. Long Pasia pun jauh juga. Ini kerana jalan masuk sejauh 100 km lebih perlu melalui jalan tanah merah yang berbukit-bukau, ada kalanya terpaksamenempuh lopak lumpur yang panjang dan ini pasti mencabar kecekapan mengendalikan kenderaan pacuan empat roda. Jika musim kemarau, perjalanan boleh berjalan lancar dan dijangka mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan pergi sahaja. Tetapi jika musim hujan, adakalanya perjalanan boleh jadi 4 jam perjalanan pergi sahaja atau lebih. Itu pun kalau tak tersangkut di dalam lopak, kalau tersangkut kenderaan di dalam lopak, terpaksa menjadi McGyver untuk memikirkan cara melepaskan kenderaan. Jika tidak, jawabnya terpaksa tidur di dalam hutan sementara nak tunggu bantuan tiba.
Jalan masuk ke Long Pasia ada 2 jalan, satu jalan berhampiran dengan Kg. Mendolong di tepi jalan Sipitang - Kamabong. Ada papan tanda Long Pasia. Kedua menggunakan laluan balak berhampiran simpang di tepi jalan Sipitang - Kamabong dekat jambatan konkrit. Tapi jalan ini agak merbahaya kerana berkongsi jalan dengan lori balak.
Tiba di satu laluan perlu menyeberangi sebuah jambatan yang merentangi sebatang sungai kalau tak silap Sungai Padas. Air sungai ini keruh dan deras, jika musim hujan hujan kenderaan tidak boleh lalu sebab merbahaya. Ada tragedi pernah berlaku di jambatan ini, kenderaan pacuan 4 roda hanyut dirempuh arus deras beberapa tahun yang lepas.
Di negeri Sabah, rangkaian sungai amat banyak dan boleh dikatakan negeri Sabah tiada masalah air untuk kegunaan harian.
Di lokasi inilah kenderaan pacuan 4 roda tersangkut hampir setengah jam nak melepaskan diri dari lopak yang dalam ini. Guna kayu balak di sebelah kanan gambar adalah untuk mengelak kenderaan dari terbuang ke tepi tebing bukit sebab di bawah tebing ada sungai. Semasa perbetulkan kenderaan, tiada kenderaan yang lalu.
Sepanjang perjalanan ke Long Pasia, terdapat lebih dari satu lopak yang terpaksa ditempuh. Semasa perjalanan pulang, hujan renyai-renyai di tengah perjalanan. Jalan menjadi licin dan kenderaan boleh terbabas ke tepi tebing.
Bertolak masuk ke Long Pasia dari simpang jalan Sipitang - Kamabong ikut laluan lori balak jam 11.30 pagi. Sampai di Kg. Meligan lebih kurang jam 2 petang. Kemudian sampai di Kg Long Pasia lebih kurang jam 4.00 petang. Keluar balik hingga sampai jalan besar semula jam 9.00 malam dan sampai di pekan Sipitang jam 10.00 malam.
No comments:
Post a Comment