Kita mungkin pernah melihat ketinggian Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia tetapi pernahkah kita terfikir berapa dalam pula lautan di bumi. Kedalaman lautan yang hampir mempunyai ketinggian setinggi Gunung Everest amatlah menakjubkan. Tanpa ada sebarang cahaya dan amat gelap di bawah sana amatlah mencabar kecerdikan manusia untuk sampai ke dasar laut yang amat dalam itu. Namun teknologi era masa kini telah dapat memeta dari titik paling tinggi di dunia sehinggalah ke titik paling dalam di lautan. Itu semua adalah anugerah Tuhan kepada manusia supaya menggunakan kecerdikan dan kebijaksanaan untuk mencipta teknologi dan peralatan untuk memperolehi data spatial yang amat berguna kepada pelbagai disiplin. Hasil data spatial yang diperolehi dapat memeta gambaran sebenar titik ketinggian dan titik kedalaman di bumi.
Sila klik di sini untuk melihat gambar di bawah dalam saiz yang sebenar.
No comments:
Post a Comment